​
Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 000. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Palestin Tabung Serambi Mekah sumbang RM50 000

Harkahdaily

Salmah Mat Husain, 21 Nov 2012
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui Tabung Amanah Serambi Mekah (Tabung Serambi Mekah) menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada umat Islam di Palestin yang kini berdepan serangan Israel.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Cakna Palestin untuk diagihkan kepada umat Islam di sana.

Beliau berkata sumbangan diberikan atas dasar simpati serta rasa tanggungjawab sesama umat Islam yang kini menghadapi serangan dari Israel.

Kerajaan Kelantan tegasnya mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas umat Islam di Palestin.

“Serangan ke atas masyarakat awam Palestin satu tindakan yang amat tidak wajar serta tidak berperikemanusiaan,”ujarnya.

Ahmad juga turut menuntut masyarakat antarabangsa supaya lebih tegas bertindak ke atas golongan yahudi termasuk memulaukan produk keluaran mereka.

Pada masa yang sama beliau turut menuntut negara luar di samping Malaysia menghentikan hubungan dagang dengan pihak itu.
{ Read More }


Kamis, 30 Januari 2014

Blogger Hiburan ‘BeautifulNara’ Disamun BMW RM350 000 Dilarikan!

Blogger BeautifulNara Dikepung, BMW RM350,000 Dilarikan!

SUNGAI BULOH – Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.
Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.
Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.
“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.
“Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.
Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341. – SINAR HARIAN
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest