​
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

Anak Derhaka Bagai Dirasuk Belasah Bapa


KUALA SELANGOR – Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya ‘lunyai’ ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu.

Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk ‘mengecohkan’ kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur.

Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latihan silat di Tanjong Karang.

Katanya, dia terkejut menerima panggilan anak perempuan tirinya yang takut apabila rumahnya dimasuki anak sulung berusia 29 tahun.

“Ketika itu, saya risau memikirkan nasib dua anak perempuan yang berusia 12 tahun yang mungkin dicederakan anak sulung itu dan segera menghubungi adik yang tinggal berhampiran rumah untuk menjenguk keadaan mereka.

“Bila saya sampai rumah, saya terkejut melihat adik telah dibelasah anak tanpa belas kasihan menggunakan pengunci stereng kereta. Mereka pukul bahagian kaki, badan dan kepala.

“Saya cuba meleraikan pergaduhan itu dan nasihatkan mereka, tapi malangnya saya turut dibelasah dengan pengunci stereng itu tanpa henti,” katanya yang turut memberitahu menantu sulung dan seorang anak perempuannya juga terlibat.

“Bukan saja pukul, mereka maki saya tanpa rasa hormat dan menuduh saya menganiaya emak mereka tanpa usul periksa,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sejurus selepas kejadian.

Tak sangka anak sanggup pukul kerana harta

Abdullah berkata, dia tidak menyangka mereka sanggup berbuat begitu hanya kerana mahukan harta dan tidak berpuas hati mendapat ibu tiri sedangkan perkahwinan itu adalah kemahuan tiga anaknya yang masih kecil.

“Kami berkahwin pun bukan dasar cinta tapi mahu bahagiakan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu. Tapi mereka salah faham dan sering maki malah tuduh saya menganiaya emak mereka (yang sudah meninggal dunia).

“Sedangkan ketika Allahyarham isteri saya masih hidup, mereka tidak pernah nak tunjuk muka, apatah lagi nak bantu menjaganya yang menderita sakit buah pinggang sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada Februari lalu,” katanya dengan nada sedih.

Abdullah menambah, sebaik sahaja dia berkahwin baru, barulah anak-anaknya menunjukkan muka bertujuan untuk mendapatkan harta.

“Mereka bimbang isteri baru saya akan bolot semua harta yang ada… sedangkan saya hanya bergantung tinjauan perniagaan yang dijalankan bersama isteri. Saya bukannya berharta pun sehinggakan mereka menuduh isteri mahu mengikis harta.

“Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saya ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang derhaka, tapi saya masih sayang dan mahu mereka insaf,” katanya yang mengakui tiga anak tirinya yang berusia sembilan hingga 12 tahun lebih rapat dengannya. – Sinar Harian Online
{ Read More }


Rabu, 18 Desember 2013

Pajak Anak khuatir peneroka bakal hilang tanah

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 22 Sep 2013


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat satu laporan polis pada 30 September nanti berhubung dakwaan terdapat pujukan daripada pihak pengurusan Felda agar peneroka memajak tanah milih mereka.

Presidennya Mazlan Aliman berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada peneroka dan anak mereka.

Katanya, usaha tersebut sudah pun berada pada peringkat memberi taklimat kepada peneroka tentang kebaikan dan keuntungan yang mereka akan perolehi.

Katanya lagi, tindakan itu menimbulkan tanda tanya tentang tawaran yang akan diberikan kepada peneroka memandangkan tempoh pajakan adalah selama 30 tahun.

"Saya cukup bimbang dengan tawaran yang berlaku sekarang iaitu memujuk peneroka agar memajak tanah milik mereka dalam tempoh 30 tahun.

"Walaupun tiada dokumen yang sah kita perolehi tetapi tindakan ini merupakan satu usaha yang tidak sepatutnya berlaku dan saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan atas laporan yang akan kita lakukan nanti," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini. Hadir sama ialah pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop dan peguam Haris Abdullah.

Tambah beliau, usaha tersebut telah berlaku dan taklimat itu dilakukan oleh di Dewan JKK, Felda Kemahang 1.

"Mereka menawarkan kepada peneroka dalam bentuk wang tunai bayaran sekaligus RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak tanah mereka sepuluh ekar untuk tempoh 30 tahun.

"Cara pambayarannya adalah setiap bulan iaitu sebanyak RM5,000 sepanjang tempoh pajakan, kemudian dalam bentuk wang tunai RM500,000 diberikan mengikut pecahan iaitu RM100,000 dibayar kepada peneroka, RM150,000 dimasukkan ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), manakala selebihnya digunakan untuk pengurusan peneroka sepanjang tempoh 30 tahun.

"Saya juga mendapat maklumat taklimat turut berlaku di Felda Sungai Tengi dan juga di Felda Teloi Timur, maklum balas mengatakan sebahagian peneroka bersetuju untuk menyerta tawaran ini," jelas beliau.

Mazlan juga mendesak agar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad memberikan penjelasan mengenai dakwaan tawaran dibuat oleh pentadbiran Felda.

"Kita minta penjelasan dari mereka untuk tampil menjelaskan tentang tawaran yang dibuat, kita tidak ada bukti kukuh tetapi segala maklumat tersebut diperolehi daripada peneroka sendiri.

"Usaha ini menggambarkan keadaan terdesak kewangan Felda dan kalau benar ini berlaku yang mana mereka menjana kewangan dengan memajak tanah peneroka itu merupakan satu yang malang untuk seluruh peneroka yang bakal kehilangan tanah mereka.

"Kita akan mengumpulkan bukti setiap dakwaan tersebut dan satu tindakan yang tegas perlu diambil agar nasib peneroka terus terbela dan bukannya dijadikan mangsa,” katanya.

Jelasnya, Anak akan mengadakan jelajah memberi penerangan kepada peneroka tentang muslihat di sebalik tawaran tersebut pada bulan Oktober nanti yang akan bermula di Jengka, Pahang.

Sementara itu, peguam Haris Abdullah meminta agar peneroka berfikir sebelum bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jelasnya, peneroka bakal kehilangan tanah apabila Felda gagal melunaskan pinjaman pajakan mereka setelah tamat tempoh tersebut yang membenarkan tanah tersebut dilelong.

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest