​
Tampilkan postingan dengan label suhaiza. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suhaiza. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

TAHNIAH! Memey Suhaiza Dah Hamil

Salam semua,


TAHNIAH! Memey Suhaiza Dah Hamil

Selepas dinikahkan pada 24 September lalu dan diraikan dalam satu majlis resepsi mewah bernilai RM12 juta, pasangan kontroversi Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal menyambut kehadiran orang baru dalam rumahtangga bahagia mereka.


MH Online hari ini melaporkan bahawa Memey disahkan doktor sudah enam minggu hamil dengan kandungan pertamanya.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.


"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal. [sumber]
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest