​
Tampilkan postingan dengan label dipukul. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dipukul. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul dikencing


  • Aidila Razak
  • malaysiakini  Jun 21 2012
 
Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Ententing, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.
Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Lelaki 70 tahun meninggal dipukul isteri kerana curang

Tokyo, - Seorang suri rumah   di Jepun marah besar setelah mengetahui suaminya memadu kasih dengan wanita lain. Wanita berumur 61 tahun itu menyerang suaminya dengan cangkir hingga meninggal.

Menurut media Asahi Shimbun seperti dilapor kantor berita AFP,   26 Ogos 13 wanita itu, Emiko Hirose   memukul suaminya berulang kali di bahagian muka dan kepala dengan cangkir. Insiden itu terjadi di rumah pasangan tersebut di Tokyo pada  25 Ogos petang waktu setempat.

Akibat serangan itu, Yasuo Hirose, cedera parah dan dikejarkan ke rumah sakit. Namun setibanya di rumah sakit, lelaki  berumur 70 tahun itu meninggal dunia.

"Dia punya affair dengan wanita yang saya benci," cetus Emiko kepada  polis . "Saya pun marah dan memukul dia lebih dari 10 kali dengan cangkir," tutur wanita lanjut usia itu.

Atas kejadian ini, Emiko  ditangkap dibawah akta  pembunuhan. Kes ini masih dalam penyiasatan    polis  setempat
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest