​
Tampilkan postingan dengan label dakwa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dakwa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul dikencing


  • Aidila Razak
  • malaysiakini  Jun 21 2012
 
Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Ententing, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.
Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.
{ Read More }


Senin, 03 Februari 2014

Wanita dakwa gambar isteri Fathul Bari adalah gambarnya

Sunday, January 20, 2013

Seorang wanita semalam mendakwa gambar di atas adalah gambarnya. Beliau turut menyatakan beliau bukan isteri kepada Fathul Bari tetapi isteri kepada seorang lelaki lain.

Oleh kerana blog ini turut memaparkan gambar tersebut semalam dan setelah disemak gambar di atas adalah mirip kepada pemilik blog http://nurulain8888.blogspot.com/

Admin telah mengambil keputusan memusnahkan gambar tersebut dari lokasinya di artikel "Pensyarah ni nak makan pengat"dan memohon maaf secara terbuka kepada pemilik asal gambar tersebut.

Sama ada benar atau tidak tuntutannya tidak penting kerana gambar di blog beliau memang ada iras-iras gadis bertudung hitam dalam gambar di atas.
{ Read More }


Kamis, 19 Desember 2013

Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!

Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya, Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!


SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian Online
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest