​
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Unik Bila Cas Bateri Telefon Bimbit Guna Air Dan Api Sahaja Gambar


Sesuatu yang agak membebankan bila kita berada di luar kawasan yang tiada membekalkan bekalan elektrik dan kita membawa bersama telefon bimbit  sebagai alat penghubung penting.  Sudah tentu bekalan bateri yang tersedia dalam telefon bimbit anda hanya boleh kekal selama beberapa jam sahaja.

Bagaimana jika kita memerlukan penunjuk arah dari sistem GPS yang ada dalam telefon bimbit kita? Kebanyakan telefon pintar kini menyediakan sistem sebegitu dalam telefon pintar anda dan ianya sudah tentu penting sebagai penunjuk arah bila anda berada di dalam hutan contohnya. Anda juga boleh mengakses peta melalui telefon pintar anda kini.


 
Biolite Stove

Ini penyelesaian pertama yang kita boleh dapat sekiranya kita sedang berada di dalam hutan atau melakukan aktiviti out door. Alat ini dikenali sebagai Biolite Stove dan amat berguna buat mereka yang suka berkhemah di luar kerana ianya adalah 2 dalam satu, sambil anda menggunakan dapur dengan memasak air contohnya, anda boleh mengecas bateri telefon bimbit anda.

Agak cool kan? Sistem yang digunakan dalam dapur ini adalah kepanasan yang ditinjauankan oleh dapur tersebut akan menjana elektrik kecil yang cukup untuk anda mengecas telefon bimbit anda dan ianya bukan satu pembaziran masa. Sambil anda menanti masakan anda tersedia, telefon bimbit anda juga telah di cas dan sedia digunakan.


 
Powertrekk

Alat pengecas telefon bimbit seterusnya ini pula hanya menggunakan air sebagai bahan perantara. Dikenali sebagai Powertrekk dan alat pengecas ini menggunakan sejenis bateri unik yang terdapat di dalamnya dan anda hanya perlu memasukkan air.  Tidak kira air tawar atau air laut sebagai perantara yang akan menjana sistem pengecas yang ada di dalamnya.

Selain dari telefon bimbit, ada juga alatan elektrik lain yang boleh dicas menggunakan kedua alatan di atas. Dua alatan di atas perlu di bawa oleh anda sekiranya anda merancang untuk berkhemah di hutan atau melakukan aktiviti lasak lain yang jauh dari kesibukan kota tanpa bekalan elektrik. Kini anda tiada masalah lagi sekiranya berada di luar kawasan tanpa bekalan elektrik.
{ Read More }


Rabu, 26 Februari 2014

Gambar Puting payudara ketiga tumbuh di tapak kaki


Seorang wanita berusia 22 tahun mencatat sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting payudara ketiga di tapak kakinya. Para penyelidik mempercayai masalah wanita itu adalah yang pertama seumpamanya. 

Puting payudara ketiga

[Gambar] Puting payudara ketiga tumbuh di tapak kaki - Terbakor
[Gambar] Puting payudara ketiga tumbuh di tapak kaki - Terbakor
Masalah itu secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payudara tambahan dan antara satu hingga lima peratus penduduk dunia mempunyai masalah yang sama. Biasanya, puting tambahan itu akan ditemui di bahagian atas pinggang. Bintang pop, Lily Allen juga mempunyai puting tambahan pada payudara kirinya. Namun, kemuculan puting tambahan di bawah paras pinggang seperti di tapak kaki ini, tidak pernah lagi terjadi. 
{ Read More }


Senin, 03 Februari 2014

Wanita dakwa gambar isteri Fathul Bari adalah gambarnya

Sunday, January 20, 2013

Seorang wanita semalam mendakwa gambar di atas adalah gambarnya. Beliau turut menyatakan beliau bukan isteri kepada Fathul Bari tetapi isteri kepada seorang lelaki lain.

Oleh kerana blog ini turut memaparkan gambar tersebut semalam dan setelah disemak gambar di atas adalah mirip kepada pemilik blog http://nurulain8888.blogspot.com/

Admin telah mengambil keputusan memusnahkan gambar tersebut dari lokasinya di artikel "Pensyarah ni nak makan pengat"dan memohon maaf secara terbuka kepada pemilik asal gambar tersebut.

Sama ada benar atau tidak tuntutannya tidak penting kerana gambar di blog beliau memang ada iras-iras gadis bertudung hitam dalam gambar di atas.
{ Read More }


Senin, 23 Desember 2013

AIRMULE AMBULAN TANPA JURUTERBANG ISRAEL 12 GAMBAR

Israel ialah negara kecil yang sentiasa bersedia untuk berperang. Ia juga negara yang menghasilkan beberapa inovasi ketenteraan seperti mesingan UZI, pistol Desert Eagle dan senapang Cornershot. Kini mereka menghasilkanAirmule, sebuah ambulan tanpa juruterbang yang boleh digunakan dalam medan peperangan urban. Pesawat rekaan Urban Aeronautics ini mampu terkantung di udara ini direka bagi memudahkan proses membawa askar yang tercedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Helikopter yang sedia ada terlalu besar untuk mendarat di tengah-tengah jalan raya di kawasan urban. Airmule mampu memuatkan dua askar tercedera pada satu-satu masa ataupun kargo berupa keperluan persenjataan untuk askar di medan perang. Pada awalnya Airmule dicipta sebagai pesawat untuk kegunaan awam tetapi setelah mendapat suntikan dana kerjaan Israel, ianya kini dibangunkan untuk tujuan ketenteraan. Pesawat ini masih dalam proses percubaan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2014




Kredit Gambar Aviation Week

Maklumat asal Urban Airmule
Sumber BlogSerius
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest