​
Tampilkan postingan dengan label orang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label orang. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Orang Curi Duit Lisa Surihani telah Ditangkap




Lega rasanya kot! Orang yang curi duit pelakon Lisa Surihani telah ditangkap. Bagus la. Elok disumbatkan dalam penjara orang yang sebegini. Main suka-suka mak bapak deme je ceroboh akaun orang lain. Dari laporan mStar Online, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Adeehh!! Orang dalam la pulak! orang jenis pecah amanah ni tak boleh dibiarkan saje. Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini. Ini la nama cerdik buah pelior. Pandai bab mencuri, bab lain failed!

Teman harap-harap duit yang dicuri tu ada lagi la. Kalau tak ada melepas la jugak.kan.kan. Teman mengucapkan sekalung perhargaan kepada pihak polis dan bank yang telah berusaha bersungguh menyelesaikan kes ini dengan pantas. Banyak lagi kes yang sedemikian dilaporkan tapi tak tau la pulak apa ceritanya? Selesai ke entah!
{ Read More }


Senin, 10 Februari 2014

Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing

Harakahdaily

Abdul Aziz Mustafa, 17 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing sahaja tetapi utamakan keadaan keselamatan dalam negara ini.

Demikian pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam.

"Jangan jaga keselamatan orang luar sahaja, kalau pun tak mahu jaga keselamatan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) utamakan keadaan keselamatan dalam negara yang (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri) Mustapa Mohamed sendiri akui membimbangkan para pelabur," kata Mahfuz sambil merujuk kepada kenyataan Hishammuddin yang dilihat menolak untuk memberi jaminan keselamatan untuk pemimpin PR.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.

"Kalau sebelum ini, Umno Barisan Nasional (BN) mendiskriminasikan rakyat dari segi pembanguna kerana dendam politik, nampaknya hari ini dalam soal keselamatan pun rakyat terpaksa hadapi diskriminasi Umno BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga menjangkakan piolitik Malaysia akan makin ganas berikutan kenyataan Hishammuddin itu.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest